saya sedang cari hartanah...

Ahad, 13 November 2011

Tatacara Beli Hartanah Lelong


PANDUAN MEMBELI RUMAH LELONG:

1.      ALAMAT - ketahui dan pastikan alamat dan tarikh lelongan hartanah yang diingini adalah betul.
2.       LAWATI - Membuat lawatan keatas hartanah yang diingini.
3. TANYA - Anda juga boleh membuat pertanyaan kepada pemaju/pemilik/pihak berkuasa tempatan/carian hakmilik/ sekiranya ingin mengetahui dengan lebih detail berkenaan dengan hartanah yang dingini.
4.     BANK DRAFT - Bila dah betul-2 pasti dengan hartanah, Anda perlu menyediakan 5% @ 10% Bank Draf dari harga Reserve Price atas nama bank yang melelong harta.
5.     DATANG AWAL -  sekurangnya 30 minit sebelum lelongan untuk pendaftaran. Sila pastikan juga no. lelongan hartanah adalah sama dengan hartanah yang ingin dibida oleh anda. *Elakkan daripada memaklumkan kepada orang yang tidak dikenali daripada mengetahui hartanah yang ingin anda bida dan juga harga tertinggi yang sanggup anda bida.
6.    MEMBUAT BIDAAN - Anda akan diberikan pad bidaan untuk membuat bidaan.  Pelelong akan membaca sedikit maklumat asas mengenai hartanah sebelum bidaan dimulakan. Anda hanya perlu menunjukkan no. bidaan anda apabila ingin membuat bidaan dan lelongan akan berhenti apabila tiada lagi tawaran dari pembider lain.
7.     ANDA BERJAYA – Taniah jika mendapat harga Reserve. Pelelong akan mengira sehingga 3 kali dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup dan mengumumkan pembida yang berjaya. Jika tidak berjaya, bank draft akan dipulangkan semula.
8.  BAKI DEPOSIT – Anda hendaklah menjelaskan baki deposit dari harga yang berjaya selepas lelongan. *Cth; Reserve : RM 100,000/- anda berjaya bida RM 120,000/- *Deposit 10% ; RM 10,000 + kenaikan RM 20,000 x 10% = RM 2,000/- (baki deposit)
9.    BUAT PINJAMAN PERUMAHAN - Pembeli yang berjaya hendaklah menyelesaikan baki harga dalam tempoh 90 hari @ 120 hari (bergantung kepada syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pelelong).
10.   LANTIK LAWYER - untuk membuat pindah milik. *tidak semua lawyer pandai menguruskan urusan rumah lelong.

*DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA HARI LELONG
1) Kad pengenalan pembeli @
2) Surat Lantik Wakil (kami ada)- sekiranya penawar mewakilkan orang lain/agent, penawar perlu sertakan sekali dengan salinan kad pengenalan penawar tersebut.
3) Bank Draf mengikut kepada Harga risab (Reserve Price) (5% @ 10%)
4) Duit extra untuk bayar perbezaan harga (5% @ 10%) dari harga kenaikan yang berjaya beli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

donation

s ekiranya anda rasa blog saya ini beri  manfaat/faedah pada  anda, merasa ingin beri su mbangan agar lebih banyak  artikel  ber mutu...